• Annoucements

    Permohonan Sumbangan One Off kepada Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Putrajaya Dan Persatuan Penduduk Di Bawah Wilayah Cakna 3.0

    Share
    Public
    20 - 26 Oct 2020

    Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Sehubungan dengan pengumuman oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Haji Musa berhubung peruntukan one-off sebanyak RM3000.00 kepada Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Putrajaya dan RM2000.00 kepada Persatuan Penduduk Putrajaya, permohonan boleh dibuat dengan memuat turun --> BORANG PERMOHONAN SUMBANGAN ONE OFF KEPADA MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PERSATUAN PENDUDUK DI BAWAH WILAYAH CAKNA 3.0

    Permohonan mestilah beserta dengan sijil pendaftaran persatuan (ROS), penyata kewangan persatuan serta cadangan pelaksanaan Program Meningkatkan Kesedaran dan Pematuhan SOP serta Pembudayaan Norma Baharu dalam memerangi pandemik COVID-19.

    Borang Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan pada atau sebelum 26 Oktober (Isnin) di Aras 6 Blok B, Bahagian Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Perbadanan Putrajaya.  

    Maklumat lanjut boleh menghubungi en Fairullizam Zaharudin/Pn Nor Asnizan di talian 03-88877604 atau En Mohamad Adha bin Bahrudindi talian 03-88877580.

    Sekian terima kasih.