• Annoucements

    Borang Permohonan Baucer Makanan Kenduri Rakat Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021

    Share
    Public
    6 - 21 Feb 2021

    Sempena bulan sambutan Hari Wilayah Persekutuan, Kementerian Wilayah Persekutuan dengan Kerjasama Perbadanan Putrajaya melaksanakan Program Baucer Bakul Makanan Kenduri Rakyat Hari Wilayah Persekutuan Putrajaya 2021 kepada golongan asnaf dan B40 Putrajaya.

    Bantuan baucar tunai akan diberikan kepada penerima yang layak. Syarat kelayakan dan panduan permohonan adalah sebagaimana yang tertera di dalam Borang Permohonan.

    Borang Permohonan Baucer Makanan Kenduri Rakat Sempena Hari Wilayah Persekutuan  2021 ini boleh didapati bermula 8 sehingga 15 Februari 2021 di:

    1. Kaunter Lobi Blok A dan B, Kompleks Perbadanan Putrajaya atau 
    2. Muat turun --> Borang Permohonan Baucer Bakul Makanan Kenduri Rakyat Hari Wilayah Persekutuan .

    Borang yang lengkap diisi serta memenuhi syarat kelayakan boleh dihantar ke Kaunter penerimaan dan serahan Baucer Bakul Makanan Perbadanan Putrajaya bermula 16 hingga 20 Februari 2021 di Lobi Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang atau melalui email bantuan@ppj.gov.my sebelum 15 Februari 2021.

    Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urus setia di talian 03-88877656 atau 03-88877155.

    Sekian terima kasih.