Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020

Hari Wilayah Persekutuan yang disambut setiap 1 Februari saban tahun merupakan tarikh penting kepada kita semua sebagai warga Wilayah Persekutuan bagi memperingati penubuhan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. 

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini merupakan sambutan gemilang kali ke-16 yang dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan bersama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Perbadanan Pembangunan Kampung Baharu, PLAN Malaysia, Jabatan Landskap Negara dan Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2004.

Tema sambutan Hari Wilayah Persekutuan bagi tahun 2020, masih dikekalkan sama seperti tahun sebelum ini iaitu “Sayangi Wilayahku”. Pemilihan tema ini seiring dengan integrasi nasional dan kesejahteraan yang akan menjadi penggerak utama bagi agenda memperkasakan perpaduan, mengukuhkan hubungan harmoni dan kerjasama dalam kalangan lapisan masyarakat majmuk seterusnya memajukan serta memakmurkan bumi Wilayah Persekutuan khususnya di Wilayah Persekutuan.

Penganjuran SHWP 2020 akan terus memberi penekanan serta tumpuan kepada pengisian program/aktiviti yang mempunyai elemen “kesejahteraan” kepada komuniti khususnya kepada warga Wilayah Persekutuan.

Penganjuran program SHWP 2020 merangkumi lima (5) kluster utama iaitu Kluster Pengiktirafan, Kluster Mesra Rakyat, Kluster Sukan Dan Rekreasi, Kluster Ilmiah Dan Kerohanian dan Kluster Inisiatif Mensejahterakan Rakyat.

Sepanjang Sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada tahun 2020 ini sebanyak 29 program telah direncanakan. Program yang akan diadakan antaranya:


Program-Program Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020


Semoga sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 ini dapat memupuk rasa cinta dan sayang serta kesyukuran kepada Wilayah Persekutuan seiring dengan tema “Sayangi Wilayahku” sekaligus memajukan lagi Wilayah Persekutuan demi kesejahteraan bersama. Dengan ini matlamat membangunkan bersama kecemerlangan dan kegemilangan Wilayah Persekutuan dapat dicapai.