Projek Residensi Prihatin Putrajaya


Projek Residensi Prihatin Putrajaya

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) akan membangunkan 10 tapak projek pembangunan Residensi Prihatin di Presint 5, 7, 11, 16 & 19.  Projek ini merupakan Perumahan Mampu Milik dalam kategori kos sederhana rendah di Wilayah  Persekutuan dalam usaha Kerajaan membantu golongan sasar B40 untuk memiliki kediaman yang selesa, persekitaran yang selamat, sihat dan sejahtera.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan berminat mengenai projek Residensi Prihatin ini boleh melayari Portal Residensi Prihatin secara online di https://residensiprihatin.kwp.gov.my