• Floria Diraja Putrajaya 2022

    Logo Royal Floria Putrajaya 2022
    Royal Floria Diraja Putrajaya 2022

    FLORIA HEBAT

    Festival Bunga dan Taman Floria Diraja Putrajaya 2022 

    29 Ogos hingga 4 September 2022 

    Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya

    FLORIA Diraja Putrajaya merupakan pameran bunga dan taman berbentuk festival yang dianjurkan oleh PPj semenjak tahun 2007.  Ia dijadikan acara tahunan semenjak tahun 2009 kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para pengunjung. Festival ini mempamerkan produk-produk komersial dari industri hortikultur dan landskap, pertunjukan taman, demonstrasi oleh pereka taman dan pertunjukan bunga-bungaan dari dalam dan luar negara di mana kesemua tarikan ini akan dipersembahkan di dalam suasana taman.

    FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2022

    Edisi terkini Festival Bunga dan Taman yang meraikan ulang tahun ke-12 akan menghimpunkan lebih-kurang 10,000 pokok orkid yang akan dipamerkan dengan lebih daripada 400,000 pokok daripada pelbagai spesis dan kultivar bunga-bungaan serta tanaman hiasan seumpama suatu hamparan bunga-bungaan yang berwarna-warni dan begitu menarik di dalam suasana landskap dan taman. 

    Edisi ke-12 Festival Bunga dan Taman yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia serta Tourism Malaysia turut mengambil kira sambutan Jubli Perak Putrajaya yang ke 25 tahun serta sambutan Hari Kebangsaan ke-65.

    TARIKAN UTAMA 

    Pada tahun ini, FLORIA Diraja akan memaparkan komponen-komponen baharu yang dijangka akan menarik minat orang ramai yang terdiri daripada pelbagai golongan dan usia.  Tarikan utama merupakan Taman Keluarga Malaysia, Taman Koboi, Taman Instagrammable, Hiasan Dinding Orkid, Terowong Oncidium, Clock Meadow, Taman ‘Glow in the Dark’ serta Taman Bonsai dan Suiseki manakala komponen seperti Laman Astaka DiRaja dan laluan utama yang amat popular kembali dengan wajah baru iaitu Floral Sky Walk.

    Pada waktu malam pula, festival ini akan dilimpahi dengan pancaran dan kesan cahaya lampu khas di setiap laluan utama dan kawasan utama sekitar tapak festival seperti Red Carpet, Oncidium Tunnel, Dendrobium Walk, dan Taman Fantasi.  Selain mempamerkan inovasi teknologi kesenian pencahayaan kreatif pada flora dan fauna, FLORIA juga menjadi platform kepada pengunjung menikmati keindahan persekitaran festival pada waktu malam.


    HARGA TIKET FLORIA PUTRAJAYA 2022

    FLORIA Diraja Putrajaya 2022 akan dibuka kepada lawatan umum mulai 29 Ogos hingga 4 September 2022 dari 9:00 pagi - 10:00 malam.

    Tempah tiket Floria Diraja Putrajaya -->> https://floria.putrajaya.my

    Harga tiket adalah seperti ketetapan berikut:

    BUTIRANWARGANEGARA (RM)BUKAN WARGANEGARA (RM)
    Dewasa15.00100.00
    Kanak-kanak (7-12 tahun) 5.0050.00
    Warga Emas15.0030.00
    Orang Kelainan Upaya (OKU)Percuma30.00