Taman Botani



Taman Botani Putrajaya telah dianugerahkan sebagai Taman Paling Menakjubkan di Asia oleh Yayasan Chelsea Diraja, London di Pameran Bunga Perdana Premier Dunia Chelsea pada 2008.  Taman Botani juga juga tersenarai di antara 40 taman yang indah dan mempersonakan di Asia oleh buku Paradise Found: Journeys Through Noble Gardens of Asia. Fasa 1 yang berkonsepkan “floral atrractions” menghimpunkan lebih dari 750 spesies tumbuhan dari 13 koleksi tema tumbuhan yang berasal dari benua-benua yang berbeza.

Menempatkan juga Islamic Garden iaitu Moroccan Pavilion yang dibina bercirikan warisan Maghribi dan kesenian senibinanya diinspirasikan  dari bandar Dirajanya seperti Fez, Meknes, Marrakech dan Rabat. Taman Etnobotani yang merupakan tarikan terkini untuk bersantai dan berpeluang mengenali banyak tumbuhan yang menarik. Etnobotani merujuk kepada kajian interaksi antara manusia dan tumbuhan yang melibatkan pelbagai aspek perubatan, sumber makanan, ekonomi dan budaya.

Taman ini dibahagikan kepada lapan tema botani iaitu Malaysian Ulam and Medicinal, Bambusetum, Zingiberales, Edible Fruit Arboretum, Lawn and Gramineae, Forest Fringe and Aboriginal Medicinal Plants, Conservatory and Ecological Pond. Keindahan taman ini terletak di kawasan hijau yang menghadap tasik menjadikan pengunjung terpesona melalui unsur-unsur kebudayaan yang digabungkan dalam reka bentuk seperti wakaf tradisional, lampu taman bermotifkan bunga dan label saintifik tumbuh-tumbuhan.