Local Agenda 21 (LA 21)


Local Agenda 21 (LA 21)

1.Apakah Local Agenda ( LA ) 21

  • Local Agenda 21 merupakan program dan pelan tindakan ke arah pencapaian pembangunan mampan
  • Bertitik tolak dari Konferen Deklarasi Bumi di Rio Jeneiro pada tahun 1992
  • Local Agenda 21 memberikan peluang dan kesedaran kepada para komuniti dan stakeholders untuk terlibat sama dalam program program ke arah pembangunan mampan
  • Memberi panduan kepada komuniti dan stakeholders untuk menyumbangkan idea dan memberi kerjasama kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dalam setiap aspek pembangunan fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar, secara berterusan

2.Bagaimana Mendapatkan Maklumat Lanjut?

Pautan : Sila rujuk Laman Web Rasmi LA 21 Putrajaya

3.Apakah Ciri-ciri Local Agenda 21

  • Mengambilkira perspektif menyeluruh (holistik) dalam menangani keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar ke arah pencapaian pembangunan mampan.
  • Penyertaan aktif masyarakat , stakeholders dan pihak berkepentingan untuk mendapat persetujuan (consensus & partnership)
  • Pemikiran untuk kebaikan bersama iaitu perlunya perubahan gaya hidup dan cara baru penggunaan sumber-sumber.
  • Perspektif jangka panjang.
  • Isu-isu global yang perlu dipertimbangkan oleh semua pihak dalam sesuatu kawasan untuk menyumbang ke arah kesejahteraan dunia sejagat.

4.Apakah Manfaat LA 21?

Sebagai Individu

  • Pendapat anda diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan program-program untuk meningkatkan kualiti hidup di kawasan anda.
  • PBT (Perbadanan Putrajaya akan yang lebih peka , empati dan perihatin kepada keperluan-keperluan anda sebagai individu dan masyarakat
  • Alam sekitar anda dapat dibuat perubahan dengan mengambilkira keselesaan dan kualiti kehidupan yang lebih tinggi
  • Meningkatkan rasa bangga, cinta dan tanggungjawab anda kepada alam persekitaran dan masyarakat di kawasan anda ( sense of belonging )

Sebagai Persatuan atau Syarikat

  • Meningkatkan imej pertubuhan anda sebagai badan masyarakat atau korporat yang bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan-keperluan masyarakat tempatan dan pihak-pihak berkepentingan lain.
  • Menjalankan program-program dengan lebih berkesan kerana adanya kerjasama dari pihak-pihak yeng berkepentingan yang lain.
  • Peluang untuk merancang dan menguruskan pembangunan fizikal, sosial, ekonomi , lanskap dan alam sekitar di kawasan anda bersama-sama dengan PBT ( Perbadanan Putrajaya)
  • Peluang untuk memberi input kepada dasar-dasar dan kaedah operasi tempatan yang lebih efektif kepada kediaman dan Putrajaya seluruhnya
  • Peluang berkhidmat untuk masyarakat

Sebagai Wakil Kerajaan

  • Meningkatkan persefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan.
  • Meningkatkan sokongan masyarakat kepada program-program yang akan membawa manfaat kepada semua
  • Kebolehan yang dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan masyarakat
  • Mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yang mempraktikkan tadbir urus yang baik dengan adanya penyertaan awam, ketelusan, kepekaan, kesepakatan, keberkesanan dan kecekapan, lebih bertanggungjawab dan berwawasan strategi

5.Apakah Peranan Anda?

  • Sertailah pertubuhan-pertubuhan komuniti di kawasan anda bagi melibatkan diri dalam program-program LA 21 Putrajaya
  • Hubungilah Urusetia Induk LA 21 Putrajaya untuk menyertai program-program LA 21 Putrajaya
  • Didiklah anak-anak dan kawan-kawan supaya memahami konsep LA 21 dan mengambilberat pemeliharaan dan pembaikan alam sekitar di kawasan anda
  • Cintailah Putrajaya dengan sama-sama menyumbangkan aspirasi dan tenaga dalam menjayakan program-program LA 21 Putra


Pindaan maklumat LOCAL AGENDA 21 (LA21) seperti berikut:

Jika maklumat ini tidak mencukupi, sila hubungi :- 

Nama 
Sim Ee Chai / Diana Bt Abu Bakar / Md Naser Bin Md Isa
Bahagian/unit Pembangunan Mampan, Seksyen Local Agenda 21
No. Telefon :03 8887 7056 / 7228 / 7293
Email :sim@ppj.gov.my / diana@ppj.gov.my / naser@ppj.gov.my