• Jambatan Seri Saujana


    Jambatan Seri Saujana

    Jambatan ini adalah penghubung di antara Pulau Utama (Presint 4) dan Presint 7. Kedudukan Jambatan Seri Saujana adalah strategik di pintu masuk utama ke Pulau Utama dari arah selatan melalui jalan B15 yang telah dinaik taraf dan lebuhraya KL-KLIA.

    Struktur Jambatan

    Merupakan satu konsep baru jambatan Gerbang tambatan kabel. Jambatan dikawal oleh parameter rekabentuk untuk menampakkan struktur futuristik yang ramping dan anggun, dengan panjang keseluruhan 300m dan lebar keseluruhan 32m. Jambatan ini mempunyai jalanraya dua hala tiga lorong. Aras pelantar berbeza di antara RL 35.25m pada zon penampan hingga RL 35m di tengah-tengah jambatan.