• Jambatan Putra


    Jambatan Putra

    Image result for jambatan putra

    Dengan kepanjangan 435 meter, Jambatan Putra menyambungkan Presint Kerajaan ke Presint Pembangunan Bercampur dan menghubungkan Dataran Putra dengan Persiaran Perdana. Seni binanya diilhamkan daripada reka bentuk Jambatan Khaju yang terkenal di Isfahan,Iran. Tingkat atas jambatan ini adalah sebahagian daripada Persiaran Perdana. Jambatan tiga tingkat yang unik ini menyediakan akses kepada kenderaan, monorel dan pejalan kaki. Selain menjadi penghubung di antara Presint 1 dan Presint 2 di Pulau Utama, ianya di reka bentuk yang mempunyai ciri tersendiri di Putrajaya.

    Struktur Jambatan

    • Tingkat atas pada RL 35m menjadi sebahagian daripada Persiaran Perdana
    • Tingkat bawah pada RL 29m digunakan sebagai terowong perkhidmatan, trek LRT dan jalan susur ke Dataran Putra.