• Putrajaya Carnival 2022

    Logo Karnival Putrajaya 2022

    Karnival Putrajaya merupakan acara tahunan Perbadanan Putrajaya (PPj). Setelah hampir 2 tahun tidak dapat dilaksanakan akibat daripada Pandemik Covid-19 yang melanda negara.

    Karnival Putrajaya Tahun 2022 pada tahun ini  dirangka berkonsepkan hiburan bermaklumat melalui pelbagai aktiviti antaranya pameran, aktiviti kecergasan, persembahan kebudayaan , jualan am, pelbagai pertandingan dan aktiviti kanak-kanak.

    Karnival Putrajaya diadakan bertujuan:

    1. Menjadikan karnival sebagai landasan terbaik medium penghubung antara PPj selaku Pihak Berkuasa Tempatan dengan segenap lapisan Warga Putrajaya dalam susana yang santai dan bersahaja.
    2. Menjadikan Karnival sebagai satu wadah terbesar aktiviti masyarakat yang mengumpulkan segenap Komuniti di Putrajaya melalui penyertaan aktif di dalam penganjurannya mahupun sebagai pengunjung bagi meraikannya.
    3. Memupuk semangat kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan komuniti melalui penganjuran program dan pengisian aktiviti karnival.
    4. Membantu mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif melalui aktiviti-aktiviti berunsur riadah dan rekreasi seisi keluarga.
    5. Memberi peluang kepada Komuniti Putrajaya untuk merancakkan sektor ekonomi dan menjana pendapatan tambahan melalui aktiviti jualan sempena karnival ini

    Karnival Putrajaya akan diadakan pada: 

    🗓️ 23 hingga 25 September 2022 (Jumaat - Ahad)
    ⏰ 7.00 pagi - 10.00 malam
    🏢 Dataran Putrajaya, Persiaran Perdana, Presint 3 Putrajaya

    Pelbagai aktiviti/program akan disajikan kepada pengujung dan warga Putrajaya selama 3 Hari 2 Malam. Antaranya: