Pengumuman
FRIDAY 16-01-2009
Iklan Jawatan Kosong Sambilan di PPj

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan

Perbadanan Putrajaya sedang mencari calon-calon untuk mengisi kekosongan jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Juruteknik Perancang Bandar dan Desa seperti dibawah ini. Pemohon boleh menghantar resume dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan berserta 2 keping gambar berukuran passport ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Perkhidmatan Korporat selewat-lewatnya 30 Januari 2009 .

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai.

Sekian dimaklumkan, terima kasih .

Maklumat lanjut : 03-8888 7614 (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

BIL

JAWATAN

KELAYAKAN MINIMUM

1

 

 

Penolong Pegawai Perancang Bandar Gred J29

1)      Warganerga Malaysia;

2)      Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3)      Diploma dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau  kelayakan yang diiktiraf staraf dengannya; dan

4)      Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2

Juruteknik Perancang Bandar dan Desa Gred J17

1)      Warganerga Malaysia;

2)      Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3)      Sijil dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf staraf dengannya; dan

4)      Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan