Pemberitahuan Kerja-kerja di Jalan Utama Presint 16, Putrajaya


Adalah dimaklumkan kerja-kerja pembaikan jalan di Jalan Utama P16 mulai Persimpangan Lampu Isyarat Taman Warisan Pertanian sehingga ke Persimpangan Lampu Isyarat Alamanda yang telah bermula pada 29 Disember 2009 sehingga 3 Mei 2010. Orang ramai dinasihatkan mematuhi papan tanda bagi mengelak sebarang masalah berlaku.

Kadar Baru Perkhidmatan dan Sewaan Taman-Taman Awam Putrajaya

Dimaklumkan bahawa, kemudahan perkhidmatan dan sewaan di Taman-taman Awam Putrajaya akan menggunakan kadar baru berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010 kepada orang ramai. Sila klik [ LAMPIRAN ] untuk maklumat lanjut.