Soalan : Adakah pas pelajar dan pas bulanan disediakan?
Jawapan : Pas bulanan dewasa dan pelajar sekolah telah dijual dan akan berkuatkuasa mulai September 2008. Pas ini boleh dibeli di Depoh Bas Nadi Putra Presint 9, Terminal Bas Nadi Putra Presint 1 dan kaunter Nadi Putra di Stesen Putrajaya Sentral Presint 7 pada waktu pejabat. Harga pas adalah seperti berikut :
Pas Bulanan Dewasa = RM17.00 sebulan Pas Bulanan Pelajar Sekolah = RM10.00 sebulan
Pemegang pas ini boleh menaiki bas Nadi Putra yang beroperasi di dalam Putrajaya tanpa had pada setiap hari di sepanjang bulan berkenaan.
Soalan : Bagaimana hendak menghubungi pihak pengendali bas Nadiputra?
Jawapan : Pihak pengendali bas Nadiputra boleh dihubungi melalui berikut :
a.) Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn. Bhd. Depo Bas NadiPutra, Jalan P9, 62250 Presint 9, WP Putrajaya Tel : 03-8890 4788 / 019-282 2280 Faks : 03-8890 5788
b.) Bahagian Pengangkutan & Trafik, Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya Tel. : 03-8887 7000 samb 7280/7582 Faks : 03-8887 5023 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
5.
Soalan : Bagaimana cara untuk menyewa bas Nadiputra?
Jawapan : Pihak yang ingin menyewa bas Nadiputra perlu mengemukakan permohonan bersurat secara rasmi dengan menyatakan perkara berikut :
a. Tarikh sewaan b. Jadual perjalanan c. Jumlah penumpang d. Bilangan bas yang diperlukan e. Senarai nama penumpang (Jika sewaan ke luar Putrajaya sahaja)
Setiap permohonan perlu dihantar dengan mematuhi tempoh masa berikut : a. Penyewaan di dalam Putrajaya Tempoh : 2 hari bekerja sebelum tarikh sewaan
b. Penyewaan ke luar Putrajaya Tempoh : 5 hari bekerja sebelum tarikh sewaan
Perbadanan Putrajaya akan mengemukakan maklumbalas ke atas permohonan sewaan seperti kadar sewa dan syarat-syarat yang berkaitan.
Surat permohonan hendaklah dihantar kepada :
Presiden Perbadanan Putrajaya Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62675 PUTRAJAYA (up: Timb. Pengarah Pengangkutan & Trafik) Faks no. : 03-8887 5023
Soalan : Bagaimana aduan terhadap perkhidmatan bas Nadiputra boleh dikemukakan?
Jawapan : Sebarang aduan boleh dikemukakan melalui saluran berikut :
a. Surat dialamatkan kepada Timbalan Pengarah, Bahagian Pengangkutan Dan Trafik, Jabatan Perkhidmatan Bandar b. Telefon no : 03-8887 7280 (Perbadanan Putrajaya) c. E-mail : ppjonline@ppj.gov.my d. Datang sendiri ke Bahagian Pengangkutan & Trafik, Aras 5, Blok B, Kompleks Perbadanan Putrajaya.
Aduan yang dikemukakan perlu menyatakan maklumat yang boleh membantu siasatan seperti berikut :
a. Tarikh dan masa kejadian b. Nombor pendaftaran dan laluan bas c. Lain-lain