Kami Berjanji Akan Memberi Perkhidmatan Yang Cekap Dan Mesra Untuk:
¤ Mengeluarkan kelulusan pelan landskap dalam tempoh dua bulan dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap. ¤ Memastikan semua kawasan landskap dan taman-taman awam di putrajaya dirancang, dibina, diurus dan diselenggara supaya dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat dengan selamat, sihat dan selesa sejajar dengan wawasan negara. ¤ Memberi khidmat nasihat, informasi dan maklum balas yang meliputi aspek-aspek botani, hortikultur, nurseri dan hidupan liar dengan tepat.
Kami Menjamin Untuk:
¤ Mengambil tindakan ke atas sebarang aduan dalam tempoh 24 jam berkaitan pokok tumbang / patah / rosak / memudaratkan dan kacau ganggu hidupan liar. ¤ Mengambil tindakan ke atas sebarang aduan lain dalam tempoh 3 hari bekerja. ¤ Memberi layanan dan perkhimatan yang mesra dan sentiasa bersedia membantu apabila anda berurusan dengan kami.