Kami Berjanji Akan Memberi Perkhidmatan Yang Cekap, Mesra Dan Profesional Bagi Perkara-Perkara Berikut:
¤ Mengeluarkan kelulusan kebenaran merancang bagi pelan susun atur dan pendirian bangunan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh permohonan yang lengkap. ¤ Mengeluarkan kelulusan kebenaran merancang bagi pendirian bangunan untuk rumah sesebuah dalam tempoh satu bulan dari tarikh permohonan yang lengkap. ¤ Mengeluarkan kelulusan pelan-pelan pra-hitungan / pindaan pelan pra-hitungan dalam tempoh satu bulan dari tarikh permohonan yang lengkap. ¤ Menyiapkan kajian rancangan struktur, rancangan tempatan dan lain-lain kajian-kajian perancangan & reka bentuk bandar mengikut tempoh yang ditetapkan dalam kontrak. ¤ Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di bawah akta kualiti alam sekeliling, 1974 dan lain-lain undang-undang yang berkaitan secara tegas, telus dan adil untuk menjamin tahap pematuhan yang maksimum. ¤ Melaksanakan program pemantauan kualiti air, udara dan bunyi bising sekali setiap bulan bagi memastikan kualiti alam sekitar di putrajaya terus terpulihara. ¤ Melaksanakan program pemantauan hidrologi, hujan dan cuaca sekali setiap bulan bagi memastikan pengurusan hidrologi dan kawasan tadahan yang sistematik. ¤ Mengeluarkan kelulusan ke atas permohonan penggunaan tasik dan permohonan pengambilan air dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap. ¤ Melaksanakan kerja-kerja pengurusan tasik bagi mencapai tahap kualiti air yang terbaik dan boleh digunakan bagi pelbagai aktiviti dengan selamat (kelas iib, inwqs for malaysia (recretional use with body contact)). ¤ Mengeluarkan kelulusan permohonan rumah mampu milik dalam tempoh 2 bulan daripada tarikh tutup permohonan yang lengkap. ¤ Mengemaskini alamat, borang i dan borang j dalam tempoh 4 hari bekerja daripada tarikh maklumat diterima. ¤ Membuat pindaan senarai nilaian pada 1 januari dan 1 julai setiap tahun. ¤ Mengeluarkan bil pertama cukai taksiran sebelum 15 januari dan bil kedua sebelum 15 julai tahun semasa. ¤ Membuat tuntutan sumbangan membantu kadar sebelum 31 disember setiap tahun.
Kami Menjamin Untuk:
¤ Memberikan maklum balas ke atas sebarang aduan berhubung isu-isu perancangan, rekabentuk bandar, alam sekitar, hidrologi, tasik dan wetland, penilaian dan pentadbiran tanah dalam tempoh 48 jam. ¤ Memberi layanan dan perkhimatan yang mesra dan sentiasa bersedia membantu apabila anda berurusan dengan kami. ¤ Memberi khidmat nasihat, informasi dan maklum balas secara profesional yang meliputi aspek-aspek perancangan, rekabentuk bandar, alam sekitar, hidrologi, tasik dan wetland, penilaian dan pentadbiran tanah.