Kami adalah komited untuk memberikan perkhidmatan yang bermutu, menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah.
Komitmen kami adalah:
¤ Menyediakan Pelan Strategik Perbadanan Putrajaya bagi setiap 3 tahun dan mengemaskini pelan tersebut pada setiap tahun; ¤ Mengisi kekosongan jawatan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh iklan; ¤ Memastikan semua pegawai mengikut program latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun, tertakluk kepada peruntukan kewangan; ¤ Memastikan semua infrastruktur dan aplikasi ICT beroperasi dengan baik pada tahap 95 % berfungsi; ¤ Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan dan mengemukakan ke Jabatan Audit Negara sebelum 30 April setiap tahun; ¤ Memproses bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja selepas dokumen tuntutan yang lengkap diterima; ¤ Memastikan pengurusan hasil yang berkesan bagi mencapai pulangan yang optima; ¤ Menyalurkan aduan yang diterima melalui Talian Khidmat Pelanggan (CRM) kepada pegawai bertugas dalam masa 30 minit dari masa aduan diterima; ¤ Memberikan maklumbalas kepada aduan yang diterima melalui Talian Khidmat Pelanggan (CRM) dalam masa 2 hari dari tarikh aduan diterima. ¤ Memproses permohonan penyewaan dewan persidangan dan auditorium Perbadanan Putrajaya dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima; dan ¤ Memproses permohonan penyewaan pangsapuri Perbadanan Putrajaya dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.