¤ Semua aduan berkaitan kerosakan lampu isyarat akan diambil tindakan dalam tempoh 4 jam; ¤ Semua aduan berkaitan kegagalan pengutipan sampah akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam; ¤ Semua aduan berkaitan kesihatan awam akan diambil tindakan dalam tempoh 3 hari bekerja dan diberi jawapan dalam tempoh 7 hari bekerja; ¤ Permohonan lesen perniagaan akan diproses dan diberi keputusan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima; ¤ Permohonan tempahan penggunaan kemudahan di Kompleks Kejiranan Perbadanan Putrajaya akan dijawab dalam tempoh 10 minit jika dibuat di kaunter, dan tiga (3) hari bekerja bagi tempahan melalui surat; dan ¤ Menjamin tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah saksama dan sah di sisi undang-undang.