Kami berjanji akan memberi perkhidmatan yang cekap, mesra dan berkualiti bagi perkara-perkara berikut:
BIL
URUSAN
KUALITI / KUANTITI
1.
Menerima, memproses dan mengeluarkan surat kelulusan/permit/kebenaran bagi pengemukaan yang lengkap, telah dikemukakan secara elektronik (es) oleh orang yang berkelayakan/pemohon dan setelah notis penerimaan dikeluarkan bagi permohonan-permohonan berikut:
I. Kelulusan pelan kerja tanah am dan asas
30 hari bekerja
II. Kelulusan kerja jalan dan perparitan
30 hari bekerja
III. Kelulusan pelan kerja jalan (lampu jalan dan lampu isyarat)
30 hari bekerja
IV. Kelulusan alamat rumah*
24 hari bekerja
V. Permit kerja-kerja di jalan/ kerja malam/ angkut bahan/kebenaran tutup lorong/jalan*
10 hari bekerja
VI. Permit sementara
28 hari bekerja
VII. Kelulusan mendirikan bangunan
28 hari bekerja
VIII. Perakuan kelayakan menduduki
28 hari bekerja
IX. Kelulusan pelan kerja-kerja kecil dan ubahsuai
28 hari bekerja
2.
Menyerahkan projek-projek pembangunan infrastruktur, kemudahan awam, ubah suai dan naik taraf yang telah siap dan mematuhi spesifikasi, piawaian serta mutu yang telah ditetapkan kepada agensi pengguna setelah dokumen penyerahan yang berkaitan lengkap diterima.
7 hari bekerja
3.
Mengurus dan menyelaras urusan tender dan kontrak perbadanan putrajaya dengan licin dan teratur mengikut syarat-syarat kontrak, mematuhi arahan serta prosedur yang ditetapkan dan mengikut amalan yang baik berkaitan kos yang sepadan dengan nilai yang diperolehi:
I. Menyedia senarai kuantiti dan dokumen tender
3 bulan
II. Menyedia laporan penilaian tender
6 minggu
III. Membuat penilaian kerja di tapak serta mengeluarkan perakuan bayaran interim
44 hari bekerja
IV. Menilai dan menyedia perakuan perubahan kerja
21 hari bekerja
V. Menyedia dan memperaku bayaran ke atas tuntutan kerugian dan perbelanjaan tambahan kepada kontraktor
2 bulan
VI. Mengeluarkan perakuan muktamad dalam masa 3 bulan selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan atau dalam masa 3 bulan selepas perakuan siap memperbaiki kecacatan dikeluarkan mengikut mana yang terkemudian.
7 hari bekerja
Kami juga berjanji bahawa:
BIL
URUSAN
KUALITI / KUANTITI
1.
Akan mengambil sebarang tindakan terhadap aduan berkaitan masalah bangunan dan tapak pembinaan yang diterima dan memaklumkan secara bertulis berkenaan tindakan yang telah diambil berdasarkan aduan tersebut.
3 hari bekerja
2.
Akan sentiasa memberikan khidmat nasihat teknikal yang profesional terhadap setiap pertanyaan dan kemusykilan yang diajukan dalam hal-hal berkaitan proses kerja, fungsi, tugas dan tanggungjawab jabatan.
Mesra, cepat & tepat
3.
Akan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan awam, infrastruktur, pembaikan bangunan dan pengambilalihan tapak mengikut prosedur yang ditetapkan.
Mengikut masa yang ditetapkan
Nota :
* Permohonan yang tidak perlu dikemukaan secara elektronik (ES).
- Sebarang tempoh bagi proses kelulusan permohonan boleh dikurangkan atau mengambil masa yang lebih lama jika syarat permohonan atau/dan arahan bertulis yang dikeluarkan tidak dipatuhi dalam tempoh yang ditetapkan oleh Orang Yang Berkelayakan/Pemohon.
- Tempoh kelulusan yang nyatakan adalah merujuk kepada pengemukaan permohonan yang lengkap dan sempurna oleh Orang Yang Berkelayakan mematuhi semua syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan serta tiada Arahan Bertulis dikeluarkan.
- Mesyuarat Jawatankuasa Yang Meluluskan dijadualkan dan diadakan pada setiap bulan kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.