Perbadanan Putrajaya sedang mencari calon-calon
untuk mengisi kekosongan jawatan sambilan. Pemohon
boleh menghantar resume dan salinan sijil-sijil
yang telah disahkan di Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia, Jabatan Perkhidmatan Korporat
selewat-lewatnya 17 September 2008.
Maklumat jawatan-jawatan sambilan yang ditawarkan
boleh dilihat di sini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8887 7000
sambungan 8071
Pas Bulanan Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn Bhd
(Nadi Putra)
Sukacita dimaklumkan bahawa mulai bulan September
2008, Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn Bhd (Nadi
Putra) akan mengeluarkan Pas Bulanan untuk Dewasa
dan Pelajar Sekolah bagi kemudahan pengguna. Harga
pas bulanan adalah dewasa RM17 sebulan dan pelajar
RM 10 sebulan. Pusat jualan pas adalah seperti
berikut :
1. Depoh bas Nadi Putra Presint 9
2. Depoh Bas Nadi Putra Presint 1
3. Kaunter Nadi Putra, Putrajaya Sentral
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai PAPSB
di talian 03-88904788 / 019-2822280
Pengemaskinian Maklumat Pemilikan Pegangan Tanah
Untuk makluman pihak tuan/puan, Bahagian Pentadbiran Tanah dan Penilaian, Perbadanan Putrajaya telah menyediakan 2 borang untuk diambil tindakan oleh mereka yang berkenaan. Borang tersebut ialah :
1)Borang I - Borang Pertukaran Hakmilik Pegangan (Sila isi borang ini bagi tujuan pindahmilik pegangan harta disebabkan penjualan)
.
2)Borang
J- Borang Pertukaran Nama Pemilik Pegangan (Sila
isi borang ini bagi tujuan pertukaran nama kepada
waris disebabkan kes kematian pemilik asal)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pentadbiran Tanah dan Penilaian di talian 03-8887 7168