OBJEKTIF

Matlamat Laman Seni di Putrajaya adalah seperti berikut:

- Memperkayakan kualiti hidup penduduk serta pekerja di Putrajaya dan kawasan sekitarnya melalui kesenian sebagai gaya hidup.

- Menyediakan peluang mendekati kesenian kepada semua lapisan masyarakat di Putrajaya dan kawasan sekitarnya dari segi pengetahuan dan minda, infrastruktur fizikal dan kemungkinan sumber pendapatan.

- Meningkatkan bilangan pelancong ke Putrajaya melalui program- program kesenian yang pelbagai.

- Melahirkan masyarakat penyayang, kreatif dan innovatif serta memupuk sikap menghargai kesenian, persekitaran dan harta awam.